Tuesday, July 7, 2009

MOyang meninggal

Hari ni kami di gempar kan dgn berita kematian moyang aku..
shes died at the age 91 r old..
Aku n hubby decided tak balik sbb aku masih demam..


Saturday, July 4, 2009

Balik tampin

Hr ni lps azar,aku n hubby balik kg aku,nk tgk grandparents aku..
sesampai je sana terus rasa cm nk demam.
Mlm tu,aku dh melepek sgt..badan dah panas..

esok tu,mmg confirm la aku ni demam.Hubby da rsau..
Aku mmg tak larat nk buat ape2..hubby lak sebuk hntr atok n wan g collect duit getah n etc..
Ptg tu,lps asar kami plan nk balik.wan bekalkan ar yassin ,daun jaram, buah2.
Wan pulak suruh aku singgah kg die kat rembau..tgk moyang aku..
So aku pun pergi la..
Then ,balik kl...jammed gile


Friday, July 3, 2009

Isetan preview sale..

Wow,dah lama aku nntikan saat ni..
Nak shopping,sebab kebetulan hubby pun ade.Im so addicted dgn isetan ni..
Ingt plan dgn hubby nk amek cuti hr ni,tapi hubby kata takyah sbb better amek mon n tues dpn..

So lps working hours,kami straight away ke KLCC.
Mula2 ingt nak shopping baju2 aku,tapi bila pk balik,nk wat pe..
Then g mens dpt,hubby pun xnk beli ape2..tp die kata nk beli luggage yg cabin size.SO we choosed POLO..

Pastu g teman children dept...ape lagi aku sambar la baju raya utk anak..Dapat la beli 2 blouses ,1 slack n 1 jeans for my lovely baby..Pastu beli mittens n booties.
THen,daddy nye dh penat sgt,die ajak makan..Kami makan kat foodcourt je.

Lps tu,kami terus balik,otw tu aku g bayar CC,insurance n etc..

Apepun im so happy sbb dpt beli brg utk anak..

balik cpt sbb esok nk balik kg.



Tuesday, June 30, 2009

My beloved grandma

Hari ni kami semua d kejutkan dgn berita nenek kesayangan aku Pn Hjh Mariah tibe2 jatuh sakit.die pengsan n maksu terus cal ambulance.Uwan admitted to the hospital.Im so worried about her,tp kebetulan pulak,hubby bz dgn keje2 die,Meeting.
Then aku cal uwan tanya keadaandie,n she says shes fine.so aku n hubby ingt nk balik sok tu,tp uwan kata tak ah balik sbb dia akan dcharge soon.so,kami plan balik weeknd je..
Thank god n alhamdulillah.



Monday, June 29, 2009

Dah lama tak update kan...

Dah lama gile tak update blog ni..
Actually banyak bende dh jd.Hrtu 26 june 2009,hubby buat kejutan dgn balik secara mengejut..without telling me..
Kebetulan pulak,haritu aku dh tak boleh drive,then mintak tolong my sistas elaine n farah hantar g keje.balik pun tgu derang amek..Ikutkan ptg tu ade jnji dgn mimy nk g mid valley,nk shopping2..tup2 tksehat pulak..then my mimy tu g dgn tintadarihati.
Then teman adik2 g jln TAR,masa otw balik ,hubby called n ask me nk ke mana lagi since dh mlm ni,then told him kami nk g makan kat kedai awe,kat area rmh lama aku kat selasih 2Sesampai je kat sana,aku rasa cm kenal je 1 kete tu,tgk plate dekat,confirmed mmg kenal,"tu keto laki den tu"...haaaaaaa,cepat2 turun,then jumpa hubby la.Pastu ,kami bergerak ke rumah mak utk ambil barang2 aku yg dah berkampung kat rumah mak selama 2bln tu...
pastu,hubby tanya "cmne nk bawak balik kete u?"then aku kata tgl kan je la,"esok u dtg amek"...tapi bila pk balik,byk nye keje esok...

Sabtu 27/6/09
As usual bangun pagi,aku sidai aju yg hubby dh basuh tu...Hubby aku ni rajin tolong bini die buat keje rumah..Then,lps solat zohor,kami bergerak ke rumah SIL aku utk celeb bday my nephew ..Otw tu,huby sunggah di Al ikhsan wangsa maju,beli snickers Nike utk anak buah die.so,setalah berejam2kat sana,kami bertolak pula ke bangink lawat Ibu aku(my untie)yg baru lps accident..sian die..kete die total lost beb.Then mlm sikit baru kam balik rmh.

Ahad,
g beli brg dapur kat Carrefour.B4 g carrefour,we had our lunch at Pizza hut di ln genting Klang.What a bad place,their services are very poor..




He's back

Hi all,
just wanna share with u guys,yg hubby i dah balik jumaat lepas..suka sgt ni.
So segala penat ,sakit suem leh share wth him..
sabtu ahad ,we all byk aktiviti ,g rmh kakak die n i lak bawak die g rmh untie i yg accident tu.

Ahad,
kite org g beli barang dapur.yela dah la tu dapor rumah tu tak berasap...

Okla sambung lg k,ade keje ni..


Tuesday, June 23, 2009

Suami isteri perlu ucap I Love You

BICARA AGAMA

OLeh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
perkahwinan mampu berkekalan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing.
Daripada mafhum ayat di atas sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa di antara hikmah pernikahan antara lelaki dan wanita itu supaya dapat diwujudkan perasaan saling mencintai dan mengasihi di antara mereka.
Oleh kerana itu, Rasulullah turut menganjurkan kepada umatnya untuk menikahi seorang wanita yang dapat mewujudkan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah dalam rumah tangganya.
Dewasa kini, penceraian di kalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sangat berleluasa yang dikhuatiri menjadi trend dalam masyarakat Islam.
walaupun penceraian dibenarkan dalam Islam tetapi ia merupakan satu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak". (riwayat Abu Daud dan Hakim)
Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.
Menyedari hakikat itu, bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan seminar Rumahku Syurgaku 'Sanjungan Kasih Syurga di Hati' di Putrajaya, baru-baru ini.
Ia bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan serta memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.
Dalam seminar yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Noorlina Wan Hussain, satu forum bertajuk 'Dua Jiwa Satu Hati' turut diadakan.
Ahli panel terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.
Mengulas perbezaan dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, Zawiah berkata, keserasian antara mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.
Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.
Sehubungan itu, Zawiah berkata, perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
"Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing.
memanggil pasangan
"Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah)," katanya.
Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.
Dalam konteks itu, Aluwi berkata, setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.
Menurutnya, ada tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara mereka iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim.
"Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," katanya.
Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak kemaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.
Aluwi menambah, seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.
"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," katanya.
Dalam pada itu, Aluwi memberitahu, terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri.
"Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya," katanya.
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.
Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.
Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.