Tuesday, June 23, 2009

Suami isteri perlu ucap I Love You

BICARA AGAMA

OLeh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
perkahwinan mampu berkekalan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing.
Daripada mafhum ayat di atas sesungguhnya Allah menjelaskan bahawa di antara hikmah pernikahan antara lelaki dan wanita itu supaya dapat diwujudkan perasaan saling mencintai dan mengasihi di antara mereka.
Oleh kerana itu, Rasulullah turut menganjurkan kepada umatnya untuk menikahi seorang wanita yang dapat mewujudkan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah dalam rumah tangganya.
Dewasa kini, penceraian di kalangan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sangat berleluasa yang dikhuatiri menjadi trend dalam masyarakat Islam.
walaupun penceraian dibenarkan dalam Islam tetapi ia merupakan satu perkara halal yang dibenci oleh Allah. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: "Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak". (riwayat Abu Daud dan Hakim)
Sesungguhnya perkahwinan bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu yang ada di dalam diri, bukan setakat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Perkahwinan adalah sebagai satu mahligai cinta dan lambang kasih sayang.
Menyedari hakikat itu, bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma), Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan seminar Rumahku Syurgaku 'Sanjungan Kasih Syurga di Hati' di Putrajaya, baru-baru ini.
Ia bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan serta memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.
Dalam seminar yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, Puan Sri Noorlina Wan Hussain, satu forum bertajuk 'Dua Jiwa Satu Hati' turut diadakan.
Ahli panel terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Aluwi Parman dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesuma Jakim, Zawiah Hassan.
Mengulas perbezaan dua jiwa yang disatukan dalam ikatan perkahwinan, Zawiah berkata, keserasian antara mereka boleh dibentuk melalui sikap tolak ansur, kasih sayang, cinta dan rindu yang Allah letakkan dalam setiap jiwa manusia di samping sifat belas kasihan dan bergaul mesra antara mereka.
Menurutnya, di awal perkahwinan sikap kasih sayang dan saling cinta-mencintai mudah ditonjolkan tetapi sikap sedemikian semakin pudar dan hilang apabila usia perkahwinan memasuki fasa tahunan.
Sehubungan itu, Zawiah berkata, perkahwinan boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih kepada pasangan masing-masing seperti ucapan I Love You sekurang-kurangnya tujuh kali sehari.
"Dalam hal ini, pihak suami dikatakan amat payah untuk mengucap ungkapan sebegini tetapi sebenarnya amalan seperti itu amat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada pasangan masing-masing.
memanggil pasangan
"Suami isteri perlu sentiasa berkomunikasi baik, bergurau mesra dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti sayang, abang dan sebagainya sebagaimana Rasulullah memanggil isterinya, Siti Aisyah dengan panggilan Humairah (pipi merah)," katanya.
Suasana kasih sayang dalam perhubungan suami isteri perlu lahir dalam hati yang ikhlas bukan paksaan. Suami isteri perlu memainkan peranan masing-masing untuk memupuk perasaan itu agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan kemesraan.
Dalam konteks itu, Aluwi berkata, setiap pasangan perlu mencari kelainan dalam diri pasangan mereka dan menjadikan kelainan itu sebagai satu keserasian.
Menurutnya, ada tiga cara untuk menerbitkan keserasian antara mereka iaitu dengan mengadakan sembahyang berjemaah, makan makanan yang dimasak oleh isteri serta tidur bersama bukan sekadar melakukan hubungan intim.
"Sesungguhnya dosa suami isteri akan gugur di celah-celah jari apabila mereka bersalaman selepas sembahyang berjemaah sekiranya berlaku pertelingkahan di dalam rumah tangga," katanya.
Melalui pernikahan, seseorang itu akan mendapatkan banyak kemaslahatan daripadanya seperti memelihara kehormatan, mencegah dari perbuatan zina, memelihara pandangan serta menyambung generasi.
Aluwi menambah, seseorang itu akan mendapat banyak ganjaran pahala daripada Allah walaupun sekadar menatap wajah suami atau isteri masing-masing.
"Ada lima perkara apabila kita menatapnya akan mendapat pahala iaitu melihat Kaabah, mushaf al-Quran, melihat wajah ibu bapa, orang alim dan memandang wajah suami isteri dengan penuh kasih sayang," katanya.
Dalam pada itu, Aluwi memberitahu, terdapat empat tanda kebahagiaan dalam kehidupan seseorang iaitu mempunyai isteri solehah, anak-anak yang baik, pergaulan dengan orang-orang yang baik dan mendapat rezeki di tanah air sendiri.
"Isteri yang solehah itu diertikan apabila kamu memandangnya kamu akan rasa terhibur, sentiasa mentaati suaminya selagi tidak bertentangan dengan syariah dan menjaga kehormatan diri dan suaminya," katanya.
Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip iaitu didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama dengan disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan sebagainya.
Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri juga menjadi asas selain kewajipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan, penceraian dan sebagainya.
Kepincangan dan kegelisahan yang banyak berlaku di dalam keluarga Islam hari ini adalah kerana pembentukannya tidak memenuhi kehendak-kehendak Islam serta jahil mengenai hukum-hukum berkaitan hubungan antara mereka dan tanggungjawab terhadap anak-anak.


Geram geram geram

Malam td aku mmg geram gile...
Dari 1 date ke date yg lain..
tup2 sampai aku beranak pun belum tentu die boleh balik...
Ssh kan bila dpt laki yg workaholic ni..mmg betul ape die kata,die kat sana cari rezeki,,tp smpai bila kalau asyik cian kan org je...
Dah tu tak yah kecian i ni ke?dh la preggy ,sarat lak tu...wakduh!!!!
La ni aku tengah merajuk dgn die,konon2 die kata 25 or 26th ni die akan smpai Kl,tup2 last nite ade lak date baru,paling lewat 1st July...
Geram, geram geram nye.....

Ape pendapat korang,patut ke aku ngalah?
Ade ke die kata 2 bulan leh tgu,ni 2-3 hari je extend...
Merajuk ke tak merajuk...?

Hubby,
U ni biar betul ?



Friday, June 19, 2009

Hubby said,this is my last weekend......

Yeehaa....
Hubby said,this is my last weekend to be alone..Really?ermm,dun b so excited diana..
But ,i already put my hope on him..Dah tak larat nk mcm ni...So stress,no life,no no n noooooooo....
Dinner,
i just had 2pieces of bread and a glass of ribena.:(
Okla ,takde mood nk cite2 lg...
NITE all,adios
MARY d

Thursday, June 18, 2009

Ape Ada Dengan RM50

Semalam aku baru je withdraw duit RM100..tup2 harini dah tgl Rm50 je..
Actually,duit sekarang ni nilai die macam air,sekali je kua rumah sume duit..
Nk g toilet pun duit..
Just imagine ,mula2 aku pecah kan rm 50 tu dgn amek minyak kete rm20,then rm 2 utk byr toll DUKE,Rm 7 lagi utk parking kat off ni..(parking kat mid vall pun lg murah kan)..,Rm1 utk byr parking kat JJ wangsa maju,rm 5 utk minum pagi and lastly a few ringgit aku guna kan utk makan ptg semalam di JJ and beli makanan sikit kat supermarket..
OMG,sekejap je duit tu habis..! hr aku spend rm 50,can u believe it?sure la kan...
ape nk buat ni...
kalau hubby ade kan best,atleast aku cume spend rm10 je sehari ,itu pun utk byr makan aku tika di off ni...
Uwaaaaaa................

Im free from FEVER

Today im 100% free from FEVER.alhamdulillah.

Kalau tak,hari2 ade je rasa tak sedap badan.itu tak kene ni tak kene n sume la..


Hubby decided nk balik KL dalam 25th or 26th ni..hopefully la.aku pun dh tak larat nk drive sendrik...

Tak sabar aku nk tunggu saat2 tu.

Lately ni aku jarang balik lewat dr office since demam ni dh lama..panas badan aku smpai aku terpksa mandi lg di tgh2 mlm,sbb panas dlm.


Dahla preggy,sume bnde kene buat sendrik,tp tak pela,esok2 harap anak pun leh jd independence cam mummy die..


Hari ni aku lunch awal,dlm kul 11.30,sbb tak b/fast..lapa die lain macam lak..Hari aku makan lauk sutun n sayur bayam je..


Sebenarnye,aku ade byk bnde nk di luahkan kat sini,dari masalah kerja smpailah ke hal personal,tp takpela biarla aku simpan sume ni dulu...

Biar aku n hubby tahu cite ni..


Apepun,dah tak sabar nk balik rumah...i wanna go home,our home....walaupun pun kecil,tpi kami bahagia di sana...bebas buat pape...Lg best dari hidup menumpang...


Friday, June 12, 2009

Im 8th months




Today roughly im preggy for 8th months and 2 days.
theres alot of things that i ve been through..susah senang preggy ni hanya ibu2 je yg merasai..
Next month ,its gonna be matured around July 8th..
Selama hari ni,i ve been facing all the problems n difficulty alone n sometimes with my beloved hubby.Most of the time hes not around,outstation.But luckily im married to a right guy who cares about us so much although hes far away.
Whateva it is,he will be back to KL at the end of this month.Insyaallah...
Sometime i feel lonely and so stress but i need to be strong,since this the only proof of our love..
Im so happy specially when my baby move around n kicked my stomach..Like kick a ball u know.Currently,i cant sleep well since last month.
About the preparation...almost n hopefully its done.I already bought everything for my lovely baby..I really hope i can have a healthy baby.
We already have a name for the baby.
What is her/his name?....jeng jeng jeng....secret k.
okla,last but not least...if anything happen to me,i just want she/he to know that i really love she/he so much.
Plz be a good child to daddy n mummy k.Be a good gal/boy.Hope u will success for the rest of ur life.ill always pray for u..
Love u so much..

To my beloved Hubby,
Im so proud n happy being ur wife although we r stayin far away.U r in Pahang n im always here in KL.
Everyday im counting my days when i can meet u.But i know,u r committed to ur work.U r so responsible to our family.U worked so hard.I know ,im always give u trouble/fussy n u face it patiently.U served me like a princess form the time i woke up in the morning till i fall asleep at nite.Thx so much Hubby.I just want u know that i love u so much,i cant live without u..I need u to be with me all the times.
But ,1 thing that u shud remember ajal,maut sume di tgn allah.Kalau pendek umur i,who knows kan..
I nak u jaga diri u n anak kite baik2 k..sayang die,kasihkan diri n didik die dgn sebaiknye.
Pukul die ,kalau die buat salah..Dun give my baby to anybody else k..
So,thats my word..
Im so scared.I m scared if my life will be end here.....
-DIANA MARY-

Wednesday, June 10, 2009

start working..

Hari ni aku start keje balik..lps berhari2 cuti..
hrni badan rasa lemah2 lg,nk jalan tak larat,nk mkn pun takde selera..
tapi apepun kene gagahkan diri...sbb keje beb..

Hubby,
die dh ade kat Kuantan..as usual aku kene kejutkan die tdo..harini die bz,so tunggu la die call..
okla,nnti aku update lagi..